HAK CIPTA 2011

Bio Disc

About Us


Kami bergerak di dalam FAST group, dibawah Devo group sebagai upline yang banyak membantu dan V leader... Kini kami semakin tinggi berdiri dibawah bantuan group upline yang banyak berjasa.

Group ini ditubuhkan oleh sekumpulan mahasiswa IPTA di sebuah IPTA di Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memastikan setiap ahli group ini bergerak di dalam kumpulan dan tidak diabaikan.

APA itu FAST?

FAST adalah satu sistem perniagaan yang cukup berkesan yang menjadikan sifat unggul seorang tokoh yang hebat suatu ketika dahulu sebagai rujukan utama. Tokoh ini telah menunjukkan peningkatan dalam perniagaan di awal usia remaja sehingga dilamar oleh seorang jutawan wanita ketika itu. FAST adalah suatu sistem yang mengambil sifat tokoh ini sebagai panduan untuk berjaya kerana sejarah telah membuktikannya. Tokoh ini adalah Nabi Muhammad S.A.W

FAST sistem terbaik sejak dahulu bagi membentuk insan yang berjaya.

FAST adalah F, A, S, T

F = Fathonah = Bijak,
Kami akan bijak mencari peluang untuk terus maju dalam bisnes ini.

A= Amanah = Jujur
Kami akan sentiasa amanah atau jujur termasuklah dalam menguruskan prospek. Kami tidak sesekali mengambil kesempatan terhadap prospek malah kami akan terus BANTU untuk bersama kami berjaya di dalam bisnes ini.

S= Siddiq = Benar
Penipuan tidak dibenarkan sama sekali dalam bisnes ini. Group ini akan telus dan saling bantu menbantu tanpa penipuan.

T= Tabligh = Berinteraksi
Kami akan  terus berinteraksi antara upline dan downline atau downline dengan upline atau dengan prospek dan masyarakat untuk sama-sama mengembangkan bisnes ini demi kebaikan bersama.